Second Half Taqwa Champions League

Pernah tengok Filem Goal 2? Saya tidaklah hebat dan handal bemain bola sepak, tapi saya suka main futsal (bola sepak) untuk riadah. Saya juga tidak begitu berminat untuk mengetahui semua isu semasa bola sepak.

Namun, ada satu filem tentang bola sepak yang saya suka iaitu, Goal 2. Bagi saya, filem tu sangat seronok dan menarik. Tambah lagi, dengan epic scene di waktu klimaksnya, Santiago Munez bersama rakannya Gavin Harris serta bintang bola sepak terkenal, David Beckham dalam menjayakan misi Real Madrid untuk menang dalam Champions League.

Dalam Filem ini, final Champions League Real Madrid bertemu Arsenal, dan Arsenal mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Kemudian, pada separuh masa kedua, Santiago Munez masuk padang dan bermain bersama Gavin Harris dan mereka berdua menyumbat gol penyamaan. Pada masa kecederaan, Real Madrid menerima free kick akibat foul oleh Arsenal, David Beckham mengambil free kick dan menyumbat gol kemenangan Real Madrid.

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu seperti mana dalam filem Goal 2 itu tadi. Ramadhan kita  ini umpama perlawanan bola sepak. Separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, masih lagi terfikir-fikir strategi ketika di medan dan berlari di padang tanpa arah tujuan.  Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Oleh itu, apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “˜rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.Biarlah umpama Barcelona yang menyerang dan menjadi kelab bola sepak yang terbaik.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, kita telah dibelasah ‘kaw2’ punya oleh Team Nafsu FC, Piala Taqwa itu bakal jatuh ke mereka, iaitu ke tangan Team yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita. Namun, kita masih ada harapan, kerana rahmat Allah itu maha Luas. Selagi mana perlawanan belum habis, kita masih boleh lagi mengejar mata yang ketinggalan. Jadilah seperi Manchester United yang mengejar gol dan tidak putus semangat walaupun pada awalnya mereka ketinggalan.

Sahabat,
Apakah ‘season’depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

Sahabat,

Sesungguhnya baki Ramadhan yang akan datang ini kita kena terus manfaatkan. Pada waktu injury time, yaknilah masa 10 malam yang terakhir, lailatul Qadar akan datang pada mana-mana malam yang terakhir ini. Maka, terus meneruslah menyumbat gol, mara dan menyerang pihak lawan, akan kita dapat meraih Piala Taqwa, dan seterusnya mendapat title Taqwa Champions di Aidil Fitri.

Ayuh! Sahabat! Ayuh!

Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ”
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Selamat Memburu Malam Al Qadr…

Diolah dari : Abu Saif @ http://www.saifulislam.com

Nik Aziz & Abdul Aziz

Seperti yang kita sedia maklum, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatannya sebagai MB Kelantan dan Timbalannya, Ustaz Ahmad Yakob menggantikan beliau setelah 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Maka, hati saya tergerak untuk menulis tentang Tuan Nik Aziz.

30 JUN 1994

Mak pernah beritahu kepada saya sewaktu saya kecil (agak-agak sekolah rendah), bahawa nama saya bersempena dengan nama Tuan Guru Nik Aziz. Sebelum saya lahir, ayah saya berdoa agar lahirnya nanti saya, jika lelaki (dan saya memang lelaki ya) akan dinamakan seperti nama Tuan Guru Nik Aziz, moga-moga saya menjadi alim dan soleh seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Sungguh, saya bukanlah orang-orang soleh, namun saya sangat mencintai orang-orang soleh. Moga-moga dengan nama yang diberikan oleh ibu dan ayah saya, MUHAMMAD ABDUL AZIZ akan memberi semangat, dan membina peribadi yang mulia dalam diri saya.

BALIK KELANTAN  

Setiap kali hari raya, sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, saya dan keluarga insya-Allah akan balik beraya di Kelantan. Setiap kali solat Raya, ayah saya akan membawa kami adik beradik ke Pulau Melaka, madrasah Tuan Guru untuk solat di sana.

Setiap tahun, solat raya diimami oleh Tuan Guru dan khutbah juga disampaikan oleh beliau. Setiap kali Tuan Guru memberikan khutbah, saya seolah-olah mendapat inspirasi dari ucapan dan kata-kata beliau, walaupun suara dan intonasi beliau tidaklah seperti jaguh pemidato, namun kata-katanya yang lunak, ucapannya padat dengan ilmu, nasihatnya membina himmah. Sungguh, beliau merupakan pemimpin yang baik.

Utusan Malaysia selalu mengatakan Tuan Guru Nik Aziz memberikan kenyataan yang sangat buruk terhadap BN/UMNO. Namun, sepanjang saya mengikuti ceramah Tuan Guru Nik Aziz, baik di Youtube mahupun dunia sebenar, tidak pernah beliau mengatakan perkara-pekara sedemikian kepada BN/UMNO. Itu hanyalah fitnah semata-mata.

JAMUAN DI RUMAH TUAN GURU

Gambar Jamuan Raya di rumah TGNA.

Usai solat Raya, beliau akan mengadakan jamuan hari raya di rumahnya. Satu-satunya makanan yang saya suka di sana ialah laksa Kelantan. Terbaik!!!

Rumahnya sederhana, binaan dari kayu. Sekilas pandang, rumahnya hanyalah seperti rumah rakyat marhain sahaja. Tidak lebih dari itu. Sungguh zuhud beliau.

 

JASA TUAN GURU

Sungguh banyak jasa Tuan Guru kepada pembangunan dan Islamisasi di Kelantan. Hanya Allah sahaja yang bisa membalasnya. Kini, Tuan Guru sudah pun meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Walaupun saya sekarang menetap di Kedah, namun saya juga berasa sedih dengan perletakan jawatan beliau. Semoga Kelantan terus makmur dan maju di bawah kepimpinan yang baru.

Saya menulis pos ini bukanlah kerana saya taksub dengan Tuan Guru, namun  peribadi yang beliau yang baik, semangat perjuangan beliau, harus kita contohi.

Usia Tuan Guru telah pun lanjut, kesihatan beliau yang semakin hari semakin surut. Moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Tuan Guru.

Aku bersalam dengan Tuan Guru Nik Aziz. Bisakah aku menjadi sepertinya?

 

Tujuan Satu, Fungsi Beribu

Desktop-Gambar Hiasan

Desktop-Gambar Hiasan

“Beli komputer desktop tu buat apa?”

“Nak masak maggi. Benda tu kalau panas boleh masak maggi.”

Perbualan di atas saya pasti dan yakin akan menimbulkan kehairanan jika ianya betul-betul berlaku dan wujud insan seperti itu. Bagaimanalah komputer yang digunakan untuk tujuan yang lain dibeli hanyalah digunakan untuk memasak maggi? Sungguh tidak masuk akal. Silap-silap haribulan rosak jadinya. Dibuatnya masak maggi dalam motherboard tu.

Komputer digunakan untuk membuat kerja-kerja seperti dokumen, multimedia, surf internet dan main game. Itulah antara contoh penggunaan komputer. Anda juga pasti bersetuju dengan saya bahawa sesuatu itu mestilah digunakan dengan tujuan penciptaannya.

Tujuan Manusia

Maka begitulah juga dengan manusia, jikalau manusia telah lari dalam tujuan ia diciptakan, pasti ia akan rosak dan punah. Persoalan sekarang, apakah tujuan manusia itu diciptakan? Maka untuk kita mengetahui apakah tujuan manusia itu diciptakan, kita mestilah merujuk manual dari Sang Pencipta. AL-QURAN!

Kata Allah SWT :

51_56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

Maka tujuan kita, si manusia diciptakan, hidup di dunia ini adalah untuk menjadi hamba Allah, melakukan ibadat kepada Allah yang menciptakan kita. Bukanlah tujuan kita menjadi hamba ‘study’, apabila diajak solat, kuliah, dibalasnya, “Assignment2”.

Bukanlah juga tujuan kita menjadi hamba “game, dota”, apabila diajak mendekati Allah, alasannya “Nak menang dah main game ni.”

Kalau barang disalah guna dari tujuan asal, sudah pasti rosak, sudah pasti kita, si manusia, dicipta untuk beribadah kepada Allah, akan rosak jika kita menggunakan badan dan jiwa kita bukan kerana Allah, tetapi menjadi hamba dunia.

Peranan yang banyak

Jikalau kita tanya apakah fungsi barang-barang yang lain? Contohnya seperti penyangkut baju. Selain daripada menyangkut baju, penyangkut baju boleh digunakan juga untuk (pada pandangan saya) :

1. Baling kepada anjing.
2. Buat layang-layang
3. Pukul orang jahat.

Gambar Hiasan-Penyangkut baju

Gambar Hiasan-Penyangkut baju

Kalaulah penyangkut baju ini pun sudah ada 4 fungsinya, manusia itu sepatutnya lebih hebat kerana ia khalifah dan sebaik ciptaan.

Maka, sungguh hairanlah kita apabila diajak dakwah, usrah dan kuliah, jawapannya asyik-asyik, “Study!!”

Fungsi atau peranan kita bukan sahaja sebagai pelajar atau pekerja, tetapi sebagai daie, bapa, kawan dan suami serta lain-lain lagi.

Oleh itu wahai saudara sekalian, ingatlah tujuan kalian diciptakan dan anda mempunyai fungsi dan peranan yang banyak.

Dirimu ada Tujuan Yang Satu, Fungsinya Beribu.