PRU 13

Pulang dari prep malam itu, fikiran saya sedikit terganggu. Berkecamuk dengan pelbagai rasa. Fikiran ini ligat berputar mencari suatu kecerahan.

Masih terngiang-ngiang apa yang dibualkan oleh sekumpulan pelajar di kelas saya.

“Banyak keajaiban berlaku kau tahu. Pak cik itu bila di Makkah, senang saja dapat kucup Hajarul Aswad. Macam ada orang yang menolaknya dari belakang. Mudah. Kucup berapa kali dia nak, cakap je,” ceritanya bersungguh.

“Wah, hebatnya! Orang lain pun susah nak kucup Hajarul Aswad, pak cik tu senang je. Walilah tu,” balas seorang rakan yang lain.

 Kisah Ajaib dan Pelik 

“Ada lagi cerita best ni. Pak cik tu kan, dia letih dan dahaga selepas tawaf, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berwajah jernih menghulurkan dia segelas air zam zam. Yang powernya, lelaki itu hilang secara tiba-tiba.”

“Kan aku dah cakap. Wali je dapat kelebihan macam tu.” balas rakanya.

“Aku nak jadi macam pak cik tu lah. Dapat karamah,” azam salah seorang dari mereka.

Dialog yang saya dengar ketika di maktab. Masih lagi saya teringat. Cuma, siapa yang membicarakan, tidaklah saya ingat dan ambil tahu. Terasa aneh dalam hati. Betapa tersilapnya pemahaman masyarakat tentang kebaikan. Sering kali apa yang didakwa “keajaiban” menenggelamkan kebaikan yang didasarkan oleh nas yang lebih jelas dan shahih. Bukankah Rasulullah SAW menegaskan bahawa tangan yang di atas itu (memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima)?

Bersumpah

Musim-musim PRU ni, kita kerap kali mendengar berita-berita tentang politik. Ada yang baik, ada yang buruk, dan ada juga yang tidak masuk akal. Antara perkara yang pelik dan tidak masuk akal bagi saya ialah BERSUMPAH DI HADAPAN KA’ABAH.

Sengaja saya memulakan artikel ini dengan memori saya di MRSM Taiping, untuk menunjukkan, bahawa masyarakat kita ini taksub dengan benda ajaib, bukannya FAKTA DAN KEBENARAN.

Baru-baru ini, kita menerima berita tentang sumpah seorang rakyat Malaysia di Tanah Haram.  Apa yang saya tahu, dan saya yakin kita semua sedia maklum bahawa terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjidil Haram serta kemustajaban doa di hadapan Ka’abah.

Tetapi, Nabi kita, Rasulullah SAW tidak pernah  mengajar kita, umatnya bersumpah di hadapan Ka’bah. Hal ini perkara ini menyerupai perbuatan masyarakat Arab Jahiliah yang gemar bersumpah dan menilik nasib di hadapan Ka’bah.

Apakah signifikan bersumpah di hadapan Ka’bah? Inilah sikap masyarakat kita yang taksub dengan perkara mistik dan ajaib.

Pesanan PRU 13 

Saya bukanlah pengundi atau orang totok politik, tapi saya seorang muslim yang mengambil tahu perkara semasa dan hal ehwal ummah. Maka, saya perlu tahu dan membaca politik.

Esok adalah hari mengundi. Berpegang teguh dan yakinlah dengan keputusan yang telah dipilih sekian lamanya. Janganlah pendirian kita tergugat hanyalah kerana perkara-perkara yang mistik dan ajaib.

Tumbangkan kezaliman, tegakkan keadilan!

Selamat mengundi!

Kredit to team Langitilahi.com http://langitilahi.com/12698

Advertisements

Sebuah Pengharapan Yang Bernama Insya-Allah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Boleh dapat result power tak semester ni? Kang nanti lain jadinya kang,” tanya si kakak

“Tengok dulu ok.”

“Apa ni orang agama cakap macam ni. Kata insya-Allah, baru ustat (baca ustaz),” balas si abang.

Semalam saya bersama abang dan kakak yang sulung keluar berjalan-jalan, mengisi hujung minggu. Dialog di atas adalah adalah perbualan saya dan abang dan kakak saya di restoran sementara menunggu makanan tiba.

“Ok. Insya-Allah!”

“Ha, baru betul macam tu.”

Kata-kata nasihat dari abang dan kakak saya seolah-olah membangkitkan saya dari tidur. Kadang-kadang, kita ini terlalu sombong untuk mendengar nasihat. Lembutkanlah hati ini untuk mendengar dan menerima nasihat. Kata Allah dalam al-Quran :

23_21

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. (23:21)

Bila mana menyebut tentang Insya-Allah, teringat saya satu kisah ini :

Kisah Benar

Syeikh Abdullah bin Siddiq al-Ghumari ialah seorang ulama terkenal di Mesir. Buku-buku karangannya banyak dan bermanfaat.

Pada satu ketika, beliau dan keluargannya berada di atas kapal dalam satu perjalanan pulang ke Iskandariah. Setelah empat hari perjalanan, kapten kapal memberitahu bahawa mereka akan tiba di Iskandariah keeosokannya.

Syeikh Abdullah berkata : “Apabila mensyarahkan kitab al-Jurumiah seperti biasa, aku memberikan contoh perbahasan tentang zaraf zaman (Salah satu kata sendi dalam bahasa Arab)”. Aku berkata, “Kita akan tiba di Iskandariah esok.”

Abangku, al-Hafiz Abu al-faid berkata:”Katakan: Insya-Allah.”

Aku bergurau:”Mengapa kita mesti mengucapkan kalimah itu? Jarak antara kita dengan Iskandariah sudah sangat dekat. Bangunan-bangunannya telah kelihatan dari sini.”

Pada malam harinya, terjadi ribut taufan. Ombak meninggi hingga hampir menterbalikkan kapal. Sebuah kapal di hadapan kami mengirimkan isyarat meminta bantuan ke Iskandariah, namun ia karam sebelum bantuan tersebut tiba.

Tidak lama kemudian Allah berlembut kepada kami. Taufan itu reda. Maka kami tiba di Iskandariah pada pukul 12 tengah hari.

Kapten kapal memberitahu bahawa ia belum pernah melihat ribut taufan sedahsyat itu selama 35 tahun bekerja. Kami yakin kejadian itu ialah teguran Allah kepada kami.

Ibrah

Dalam kehidupan kita, betapa banyaknya perkara yang kita berazam atau merancang tanpa kita susuli dengan ‘insya-Allah.’ Perancangan kita sebaik mana, tanpa izin dari Allah, perkara itu tidak akan berlaku, walaupun pada zahir manusia perancangan sudah baik dan tiada cacat cela. Sebagai pengakhiran, renungilah firman Allah dalam al-Quran:

Insya Allah

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.[23] Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.[24]
(18:23-24) 

FITNAH CINTA OVERDOS

Facebook-Icon

“Aku akan setia menunggumu wahai tulang rusuk kiriku.”

“Aku mahu menjadi imammu wahai makmumku.”

“Aku setia menantimu wahai imamku untuk memimpin diriku.”

Itulah status-status lembik yang saya apabila membuka Facebook, terpapar di Newsfeed.

Saya terfikir sebentar. Apakah perlu untuk saya menyentuh isu ini? Seriuskah hal-hal begini? Penting sangatkah ia untuk disentuh, atau dalam bahasa yang lebih langsung, DITEGUR. Banyak lagi isu-isu besar yang jauh lebih membimbangkan. Sejauh ozon berlubang, sekritikal isu Palestin dan Syria, sehangat isu Pilihanraya Umum yang tidak bersih, hinggalah kepada kenaikan harga yang membebankan pengguna semasa. Ataupun PRU 13?

Adakah signifikan untuk saya menjentik isu ini?

Cinta Anta Anti

Paling membimbangkan saya, orang-orang berpersatuan Islam aka orang tarbiyyah pun naik syeikh juga. Mereka ini aktif dengan kerja-kerja amal Islami, tetapi terperangkap dalam nafsu yang dibungkus dalam pakaian Islam. Seorang ‘akhi’ menghantar sms berisi ‘Tazkirah of the Day’  atau ‘Hadith of the Day’ kepada seorang ‘ukhti’, dan tersenyum-senyum malu pula mereka berdua dalam cinta jarak jauh, yang dipisahkan oleh Syariat. Menjaga ikhtilat kononnya.

Adakalanya miss call pukul 2, 3, 4 pagi, memberi friendly reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wudhu’ dan membawa muka itu sujud kepada Ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.

Dalam tidak sedar, mereka terlupa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga.

Dalam pelukan ‘Syeikh’ syaitan.

Terkini, fitnah itu bukan lagi diungkapkan melalui sms, atau teks.

Ia diilustrasikan.

Ilustrasi yang sering kita temui melalui sentuhan artis-artis Korea seperti Lee Tae-Ho, tetapi membawa mesej ‘Islamik’. Sesungguhnya ilustrasi sebegini memberi kesan yang lebih merbahaya kepada anak muda terhadap fitnah Cinta Anta Anti. Jumlahnya semakin besar dan tersebar. Perkongsiannya semakin meluas berdasarkan pemerhatian peribadi saya terhadap trend cinta semasa melalui pergaulan, jemputan-jemputan ceramah dan reaksi hadirin terhadapnya.

Mata kita memerhati bentuk poster program, bagaimanakah gelagat peserta sesama mereka sebelum ceramah bermula, ungkapan pengerusi majlis semasa memulakan program, serta perbandingan terhadap jumlah kehadiran di bawah tajuk Cinta dan tajuk non-Cinta, oleh penceramah yang sama serta penceramah yang berbeza.

Sungguh ketara perbezaan!

Kesimpulan yang saya boleh katakan, memang kasar, dan minta maaf. Hanya satu perkataan, GEDIK.

bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. [KAMUS DEWAN EDISI 4 – VERSI ATAS TALIAN]

Ouput Lembik

Hasilnya, kita mengharapkan pemuda yang akan ambil tahu soal negara, dunia Islam, kini menumpukan tenaga dan usaha mereka hanya untuk cinta.

Tertarik dengan status seorang Tokoh (saya tidak mahu sebut)

“Baca buku Aku Terima Nikahnya, biar jelas pandangan hidup. Jangan jadi gedik!

Musim pilihanraya, jangan panggil saya ceramah bab jodoh, kahwin, jatuh hati.

Fokus!” 

Alternatif

Jalan penyelesaian? Alternatif?

Perlukah ada?

Jawapan saya : Fokus ya akhi!

Hidup bukanlah berkisar pasal cinta saja wahai ikhwah.

 

Politik Malaysia Yang Baru

Tanggal 3 April 2013, parlimen telah diumumkan bubar oleh DS Najib Razak. Setelah sekian lama kita ternanti-nanti akan bilakah tarikh parlimen akan dibubarkan.

Saya yakin dan percaya semua rakyat di Malaysia ini telah mendengar akan manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Politik

Kedua-dua manifesto itu seakan-akan sama. Ada yang mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menciplak manifesto Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu apakah itu satu dakwaan yang benar namun apa yang pasti, Pakatan Rakyat terlebih dahulu ingin melaksanakan projek-projek di atas, sebelum pengumumam manifesto lagi.

Ceramah Anwar Ibrahim

Pada bulan Mac yang lepas, saya telah mengikuti ceramah Anwar di Taman Kempas, Sungai Petani. Wakil dari Parti Keadilan dan PAS turut hadir memberikan ceramah dan sedikit penerangan apa yang mereka akan lakukan. Saya dapati mereka idea-idea untuk memberikan pendidikan percuma, turun harga kereta telah lama mereka rancang. Saya juga membaca akhbar bahawa betapa pihak Barisan Nasional telah memberi kritkan pedas terhadap idea Pakatan Rakyat.

Power In Your Hands

Saya bukan ahli bagi mana-mana parti politik jauh lagi menjadi calon. Saya hanyalah seorang rakyat marhain yang cenderung kepada kebenaran, keadilan dan apa yang terbaik untuk Islam. Maka, saya akan sokong apa-apa usaha baik yang dilakukan atau diketengahkan baik oleh pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang. Harga kerekta

Saya kira, jika DS Najib Razak mengatakan Barisan Nasional akan menurunkan harga kereta, itu merupakan perkara yang baik. Apakah mereka meniru? Saya tidak pasti. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita Tahu Siapa

Telah lamanya BN berkuasa, namun makin banyak kerosakan yang terjadi Malaysia. Sekarang mereka mengemukan manifesto yang baik, tapi adakah itu akan terjadi?

Manifesto yang sama, berlainan pelaksana, anda tahu nak undi siapa.

Pesanan SPM 2012 : Soal Hatimu Ya akhi.

Hari ini, tarikh 21 Mac 2013 merupakan tarikh keramat bagi semua calon SPM 2012. Setelah mereka berjuang dan bersusah payah di medan peperiksaan, tibalah masa untuk mengetahui apakah keputusan mereka, sekaligus merancang perjalanan kerjaya mereka.

Sebuah Kenangan

Bila mana menyebut tarikh keluarnya keputusan SPM, saya juga pasti akan teringat kenangan saya mengambil keputusan SPM 2011 di MRSM Taiping.

Pada waktu pagi itu, saya hadir awal ke maktab kerana pada pukul 9 pagi akan diadakan ceramah tentang penajaan pengajian ke luar atau dalam negara.

Pukul 7.30 saya sampai ke sekolah. Rakan-rakan saya dari UTP juga turut hadir awal. Saya mengajak rakan-rakan saya yang sampai awal untuk kami solat dhuha terlebih dahulu dan mengadakan sedikit tazkirah.

Soal Hatimu Ya akhi

Usai solat, saya pun memberikan tazkirah kepada semua rakan-rakan saya yang hadir ketika itu.

Antara yang saya katakan ketika itu ialah, doa menjadi kekuatan kita untuk kita menempuh sebarang kemungkinan pada ketika mengambil sebuah slip keputusan. Doa yang bagaimana? Saya tidaklah menyampaikan doa dari quran dan hadis, tapi yang pasti, di saat yang genting ini, bukanlah kita berdoa ,”Ya Allah, bagilah aku result SPM straight A+.” Salahkah untuk berdoa sedemikian?

Tidak salah, cuma saya nampak lebih baik untuk kita berdoa :

“Ya Allah, jadikanlah keputusan SPM kami ini sebagai asbab untuk kami bertambah syukur dan iman kepada-Mu. Kuatkanlah hati kami ini untuk menerima segala dugaan. Berikanlah rezki yang bermanfaat dan berkat kepada kami.”

Ya adik-adik, keputusan SPM adalah soal hatimu. Sejauh mana hatimu yakin dan redha dengan ketentuan Ilahi. Sejauh mana hatimu bersyukur andai keputusanmu “flying colours.” Sejauh mana hatimu sabar dan sangka baik andai keputusanmu “teruk tahap maksimum.”

Saya tidak bercakap kosong adik-adik, selesai tazkirah itu, Allah menguji saya, adakah saya cakap x serupa bikin atau tidak? Tika saat saya mengambil keputusan SPM saya itu, benda pertama yang saya nampak ialah gred B+ untuk subjek Matematik Tambahan. Target saya ialah 9A, tapi saya hanya dapat 8A. Sedih, namun itu tidak menghalang saya dari bersyukur dan mencari peluang penajaan pengajian.

Kini, saya merupakan pelajar Yayasan TM di Multimedia University. Alhamdulillah.

Nasihat

Oleh itu adik-adik sekalian, kuatkan hatimu untuk menerima segala kemungkinan. Jikalau keputusanmu cemerlang, bersyukurlah. Jikalau keputusanmu corot, sabarlah dan bersangka baiklah dengan Allah, kerana Dialah yang memberikan rezki, bukan sehelai kertas yang bernama slip keputusan SPM,

“There is still long way to go. It is not about how many A’s you get. It is about how you accept the reality to create a future. “

Tujuan Satu, Fungsi Beribu

Desktop-Gambar Hiasan

Desktop-Gambar Hiasan

“Beli komputer desktop tu buat apa?”

“Nak masak maggi. Benda tu kalau panas boleh masak maggi.”

Perbualan di atas saya pasti dan yakin akan menimbulkan kehairanan jika ianya betul-betul berlaku dan wujud insan seperti itu. Bagaimanalah komputer yang digunakan untuk tujuan yang lain dibeli hanyalah digunakan untuk memasak maggi? Sungguh tidak masuk akal. Silap-silap haribulan rosak jadinya. Dibuatnya masak maggi dalam motherboard tu.

Komputer digunakan untuk membuat kerja-kerja seperti dokumen, multimedia, surf internet dan main game. Itulah antara contoh penggunaan komputer. Anda juga pasti bersetuju dengan saya bahawa sesuatu itu mestilah digunakan dengan tujuan penciptaannya.

Tujuan Manusia

Maka begitulah juga dengan manusia, jikalau manusia telah lari dalam tujuan ia diciptakan, pasti ia akan rosak dan punah. Persoalan sekarang, apakah tujuan manusia itu diciptakan? Maka untuk kita mengetahui apakah tujuan manusia itu diciptakan, kita mestilah merujuk manual dari Sang Pencipta. AL-QURAN!

Kata Allah SWT :

51_56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

Maka tujuan kita, si manusia diciptakan, hidup di dunia ini adalah untuk menjadi hamba Allah, melakukan ibadat kepada Allah yang menciptakan kita. Bukanlah tujuan kita menjadi hamba ‘study’, apabila diajak solat, kuliah, dibalasnya, “Assignment2”.

Bukanlah juga tujuan kita menjadi hamba “game, dota”, apabila diajak mendekati Allah, alasannya “Nak menang dah main game ni.”

Kalau barang disalah guna dari tujuan asal, sudah pasti rosak, sudah pasti kita, si manusia, dicipta untuk beribadah kepada Allah, akan rosak jika kita menggunakan badan dan jiwa kita bukan kerana Allah, tetapi menjadi hamba dunia.

Peranan yang banyak

Jikalau kita tanya apakah fungsi barang-barang yang lain? Contohnya seperti penyangkut baju. Selain daripada menyangkut baju, penyangkut baju boleh digunakan juga untuk (pada pandangan saya) :

1. Baling kepada anjing.
2. Buat layang-layang
3. Pukul orang jahat.

Gambar Hiasan-Penyangkut baju

Gambar Hiasan-Penyangkut baju

Kalaulah penyangkut baju ini pun sudah ada 4 fungsinya, manusia itu sepatutnya lebih hebat kerana ia khalifah dan sebaik ciptaan.

Maka, sungguh hairanlah kita apabila diajak dakwah, usrah dan kuliah, jawapannya asyik-asyik, “Study!!”

Fungsi atau peranan kita bukan sahaja sebagai pelajar atau pekerja, tetapi sebagai daie, bapa, kawan dan suami serta lain-lain lagi.

Oleh itu wahai saudara sekalian, ingatlah tujuan kalian diciptakan dan anda mempunyai fungsi dan peranan yang banyak.

Dirimu ada Tujuan Yang Satu, Fungsinya Beribu.

Semester Baru, Harapan Baru, Azam Baru.

Alhamdulillah, semalam saya dan ikhwah-ikhwah MMU telah pun memulakan hari pertama dalam semester 3, semester terakhir bagi foundation kami. Semester ini merupakan semester pendek dan hanya 2 bulan sahaja kami belajar untuk kami belajar 4 subjek.

Apabila saya melihat “lecture plan”, dan jadual dan taqwim dakwah yang telah disusun, nampaknya tidak ada masa lagi untuk saya dan ikhwah yang lain berehat atau bersenang.

Benarlah kata As Syahid Imam Hasan Al Banna ;

“Tanggunjawab kita kepada ummah adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada sekarang”

Ummah Yang Tercinta

Ketika mana umat ini sedang tenat dengan  penyakit iman dan akhlak, maka seharusnya kita sebagai orang yang mempunyai kesedaran dan kemampuan, menggerakkan segala usaha dan tenaga kita, untuk membangunkan ummah ini.

Doakan saya dan ikhwah-ikhwah MMU baik-baik saja sepanjang semester terakhir ini. Semoga dakwah kami tidak terikat dengan alasan “banyaknya assignment”.