Menjernih Makna Perubatan Islam

“Perubatan Islam Alternatif”

“Merawat Penyakit-Penyakit Kritikal Dengan Al-Quran”

Kerap kali saya balik ke kampung, mahupun mana-mana kawasan yang ramainya penduduk Melayu, ada sahaja iklan-iklan tentang perubatan Islam. Perkara ini mebuatkan saya tertanya-tanya, apakah makna sebenar perubatan Islam itu?

Biasanya, pengamal-pengamal perubatan Islam mendakwa bahawa mereka merawat penyakit dengan menggunakan ayat Al-Quran, menggunakan madu lebah, habbatus sawda’, bekam dan lain-lain lagi. Namun, apakah hanya rawatan berbentuk itu sahaja yang layak dijenamakan sebagai perubatan Islam? Kalau begitu, perubatan kafirlah jika menggunakan cara rawatan lain seperti teknik pembedahan dan ubat-ubatan moden.

Istilah Perubatan Islam 

Tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan..

Sabda Nabi SAW :

Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah Azza Wa Jalla
(Riwayat Imam Muslim)

Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.

Tujuan Rasulullah SAW Diutuskan

Rasulullah SAW diutus kepada manusia bukan untuk mengajar ilmu perubatan. Baginda Nabi SAW diutus untuk mengajar manusia ini tauhid, ibadah dan akhlak. Baginda SAW hanya mengamalkan kaedah perubatan berdasarkan pengalaman dan persekitaran ketika itu.

Kata Ibn Khaldun:

“Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis perubatan arab, sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).

Oleh itu, setiap umat Islam apabila ditimpa penyakit perlulah berikhtiar mencari ubat atau kaedah rawatan yang dapat menyembuhkan tanpa mengehadkan kepada habbatus sawda’ dan madu sahaja. Sebaliknya, meneruskan ikhtiar mencari penawar selagi perkara itu bertepatan dengan syarak dan juga memberi manfaat kepada manusia.

Bawalah Hati Kepada Tuhanmu

Sudah mula berbondong-bondong manusia ke sana. Membawa hati yang lara mencari cinta. Walaupun tanahnya gersang, tetapi hati manusia yang menuju ke sana sentiasa basah dengan rindu dan cumbu. Kami datang, kami datang… Semuanya menyeru untuk bertemu dan bertamu. Tetamu-tetamu Allah itu pasrah menyerahkan segalanya, meninggalkan semua demi bertemu-Nya.

Saudara,

Ingin aku kongsikan kepada kalian satu cerita yang bisa kita ambil iktibar insya-Allah.

Tentu ada yang salah di mana-mana, jika ada orang yang rajin solat tetapi masih gemar mengumpat. Orang yang berpuasa tetapi masih tega menghina. Atau orang yang banyak berzikir dan berwirid tetapi sangat bakhil dan kedekut. Mengapa amal ibadah itu tidak membuahkan akhlak yang baik? Padahal ibadah itu umpama ‘pohon’ yang menghasilkan ‘buah’ akhlak.

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali kedua. Dia berkata, “Aku berniat pergi haji. Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan kepada ku untuk aku lakukan?”

“Berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan?” tanya Bisyr.

“Dua ribu dirham.”

“Apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ini? Apakah kerana zuhud terhadap dunia atau untuk melepaskan kerinduan kepada Baitullah atau untuk mencari keredaan Allah?”

“Demi mencari keredaan Allah,” jawab lelaki itu tegas.

“Sekiranya engkau dapat meraih keredaan Allah, sedangkan engkau tetap tinggal di rumah mu dengan menginfakkan dua ribu dirham  itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?” tanya Bisyr.

“Ya.”

“Kalau begitu pergilah dan infakkan wang dua ribu dirham itu untuk menolong sepuluh golongan manusia; seorang yang terbeban oleh hutangnya, lalu engkau bayar hutangnya; seorang miskin, lalu engkau baiki tahap hidupnya; seorang mempunyai keluarga yang ramai anak; seorang penjaga anak yatim , lalu kau gembira anak yatim yang diasuhnya…”

Bisyr menyambung lagi, “Sekiranya hati engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang sahaja di kalangan mereka, maka berikanlah! Sesungguhnya, perbuatan engkau memberi kegembiraan di hati orang Muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar dari kesusahannya dan menolong orang yang lemah, adalah jauh lebih utama daripada ibadah haji seratus kali (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup.)”

Biyr bin Harits menambah lagi, “sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang dua ribu dirham itu sepertimana yang aku cadangkan. Atau jika tidak, luahkan sahaja isi hati mu sekarang…”

Lelaki itu termenung  sebentar lalu berkata, “Wahai Abu Nashr ( gelaran Bisyru Al Harit), niat untuk ku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu!”

Mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, “Memang, apabila harta diperoleh melalui perniagaan yang kotor atau syubhat, maka hati akan tertarik untuk memenuhi keinginan hawa nafsu dengan menampakkan dan menonjolkan amal-amal soleh (agar diketahui oleh orang ramai). Padahal Allah telah bersumpah demi dirinya sendiri, bahawa Dia tidak akan menerima selain amalan orang-orang yang bertakwa.

Ritual Ibadah

Kisah di atas cukup memberi pengajaran kepada kita. Mengapa amal ibadah itu tidak membuahkan akhlak yang baik? Padahal ibadah itu umpama ‘pohon’ yang menghasilkan ‘buah’ akhlak.

Kerana kita semua beribadah hanyalah sekadar ritual, bukan kerana kita ingin menghubungkan hati kita kepada Rabb, Allah Azza Wa Jalla.

Sujud kita dalam solat, laparnya ketika berpuasa, banyaknya harta yang kita korbankan, semua itu tidak memberi makna di sisi Allah jika kita hanya melakukan perkara itu hanyalah kerana ikut-ikutan dan adat.

Sungguh satu kerugian yang besar jika ibadah kita ini gagal menghubungkan hati dengan Tuhan.

Kata Allah di dalam Al-Quran : 

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (22:37)

Hakikat Aidil Adha

Adha itu bermaksud pengorbanan, tetapi pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanan yang melibatkan jiwa dan juga perasaan kita. Pengorbanan sepertimana Hajar ditinggal Nabi Ibrahim AS, Nabi Ibrahim AS diperintah oleh Allah untuk menyembelih buah hatinya, Ismail AS.

Saudara,

Hayatilah Aidil Adha ini dengan penuh rasa keinsafan dan sematkan rasa berkorban, untuk meninggikan agama ini. Meninggikan agama ini kerana Allah.

Pakaian kain ihram di tubuh
Serah diri seluruh…
Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh
Kini kita hanya seorang hamba
Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan
Yang bertelut gementar… menanti hukuman
Labaiklallah humma labaik!
Hambamu datang ya Allah…
Dengan hias rohani
Di cermin matahati katakan pada diri:
Aku tidak punya apa-apa
Harta, keluarga dan milik Mu jua
Asalku hanya dari titisan air yang hina …
Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya…
Namun Hambamu datang jua ya Allah…
Labaikallah humma labaik
Aku datang wahai Tuhan
Aku datang… menyahut panggilan

Second Half Taqwa Champions League

Pernah tengok Filem Goal 2? Saya tidaklah hebat dan handal bemain bola sepak, tapi saya suka main futsal (bola sepak) untuk riadah. Saya juga tidak begitu berminat untuk mengetahui semua isu semasa bola sepak.

Namun, ada satu filem tentang bola sepak yang saya suka iaitu, Goal 2. Bagi saya, filem tu sangat seronok dan menarik. Tambah lagi, dengan epic scene di waktu klimaksnya, Santiago Munez bersama rakannya Gavin Harris serta bintang bola sepak terkenal, David Beckham dalam menjayakan misi Real Madrid untuk menang dalam Champions League.

Dalam Filem ini, final Champions League Real Madrid bertemu Arsenal, dan Arsenal mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Kemudian, pada separuh masa kedua, Santiago Munez masuk padang dan bermain bersama Gavin Harris dan mereka berdua menyumbat gol penyamaan. Pada masa kecederaan, Real Madrid menerima free kick akibat foul oleh Arsenal, David Beckham mengambil free kick dan menyumbat gol kemenangan Real Madrid.

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu seperti mana dalam filem Goal 2 itu tadi. Ramadhan kita  ini umpama perlawanan bola sepak. Separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, masih lagi terfikir-fikir strategi ketika di medan dan berlari di padang tanpa arah tujuan.  Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Oleh itu, apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “˜rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.Biarlah umpama Barcelona yang menyerang dan menjadi kelab bola sepak yang terbaik.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, kita telah dibelasah ‘kaw2’ punya oleh Team Nafsu FC, Piala Taqwa itu bakal jatuh ke mereka, iaitu ke tangan Team yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita. Namun, kita masih ada harapan, kerana rahmat Allah itu maha Luas. Selagi mana perlawanan belum habis, kita masih boleh lagi mengejar mata yang ketinggalan. Jadilah seperi Manchester United yang mengejar gol dan tidak putus semangat walaupun pada awalnya mereka ketinggalan.

Sahabat,
Apakah ‘season’depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

Sahabat,

Sesungguhnya baki Ramadhan yang akan datang ini kita kena terus manfaatkan. Pada waktu injury time, yaknilah masa 10 malam yang terakhir, lailatul Qadar akan datang pada mana-mana malam yang terakhir ini. Maka, terus meneruslah menyumbat gol, mara dan menyerang pihak lawan, akan kita dapat meraih Piala Taqwa, dan seterusnya mendapat title Taqwa Champions di Aidil Fitri.

Ayuh! Sahabat! Ayuh!

Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ”
(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Selamat Memburu Malam Al Qadr…

Diolah dari : Abu Saif @ http://www.saifulislam.com

PRU 13

Pulang dari prep malam itu, fikiran saya sedikit terganggu. Berkecamuk dengan pelbagai rasa. Fikiran ini ligat berputar mencari suatu kecerahan.

Masih terngiang-ngiang apa yang dibualkan oleh sekumpulan pelajar di kelas saya.

“Banyak keajaiban berlaku kau tahu. Pak cik itu bila di Makkah, senang saja dapat kucup Hajarul Aswad. Macam ada orang yang menolaknya dari belakang. Mudah. Kucup berapa kali dia nak, cakap je,” ceritanya bersungguh.

“Wah, hebatnya! Orang lain pun susah nak kucup Hajarul Aswad, pak cik tu senang je. Walilah tu,” balas seorang rakan yang lain.

 Kisah Ajaib dan Pelik 

“Ada lagi cerita best ni. Pak cik tu kan, dia letih dan dahaga selepas tawaf, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berwajah jernih menghulurkan dia segelas air zam zam. Yang powernya, lelaki itu hilang secara tiba-tiba.”

“Kan aku dah cakap. Wali je dapat kelebihan macam tu.” balas rakanya.

“Aku nak jadi macam pak cik tu lah. Dapat karamah,” azam salah seorang dari mereka.

Dialog yang saya dengar ketika di maktab. Masih lagi saya teringat. Cuma, siapa yang membicarakan, tidaklah saya ingat dan ambil tahu. Terasa aneh dalam hati. Betapa tersilapnya pemahaman masyarakat tentang kebaikan. Sering kali apa yang didakwa “keajaiban” menenggelamkan kebaikan yang didasarkan oleh nas yang lebih jelas dan shahih. Bukankah Rasulullah SAW menegaskan bahawa tangan yang di atas itu (memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima)?

Bersumpah

Musim-musim PRU ni, kita kerap kali mendengar berita-berita tentang politik. Ada yang baik, ada yang buruk, dan ada juga yang tidak masuk akal. Antara perkara yang pelik dan tidak masuk akal bagi saya ialah BERSUMPAH DI HADAPAN KA’ABAH.

Sengaja saya memulakan artikel ini dengan memori saya di MRSM Taiping, untuk menunjukkan, bahawa masyarakat kita ini taksub dengan benda ajaib, bukannya FAKTA DAN KEBENARAN.

Baru-baru ini, kita menerima berita tentang sumpah seorang rakyat Malaysia di Tanah Haram.  Apa yang saya tahu, dan saya yakin kita semua sedia maklum bahawa terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjidil Haram serta kemustajaban doa di hadapan Ka’abah.

Tetapi, Nabi kita, Rasulullah SAW tidak pernah  mengajar kita, umatnya bersumpah di hadapan Ka’bah. Hal ini perkara ini menyerupai perbuatan masyarakat Arab Jahiliah yang gemar bersumpah dan menilik nasib di hadapan Ka’bah.

Apakah signifikan bersumpah di hadapan Ka’bah? Inilah sikap masyarakat kita yang taksub dengan perkara mistik dan ajaib.

Pesanan PRU 13 

Saya bukanlah pengundi atau orang totok politik, tapi saya seorang muslim yang mengambil tahu perkara semasa dan hal ehwal ummah. Maka, saya perlu tahu dan membaca politik.

Esok adalah hari mengundi. Berpegang teguh dan yakinlah dengan keputusan yang telah dipilih sekian lamanya. Janganlah pendirian kita tergugat hanyalah kerana perkara-perkara yang mistik dan ajaib.

Tumbangkan kezaliman, tegakkan keadilan!

Selamat mengundi!

Kredit to team Langitilahi.com http://langitilahi.com/12698

FITNAH CINTA OVERDOS

Facebook-Icon

“Aku akan setia menunggumu wahai tulang rusuk kiriku.”

“Aku mahu menjadi imammu wahai makmumku.”

“Aku setia menantimu wahai imamku untuk memimpin diriku.”

Itulah status-status lembik yang saya apabila membuka Facebook, terpapar di Newsfeed.

Saya terfikir sebentar. Apakah perlu untuk saya menyentuh isu ini? Seriuskah hal-hal begini? Penting sangatkah ia untuk disentuh, atau dalam bahasa yang lebih langsung, DITEGUR. Banyak lagi isu-isu besar yang jauh lebih membimbangkan. Sejauh ozon berlubang, sekritikal isu Palestin dan Syria, sehangat isu Pilihanraya Umum yang tidak bersih, hinggalah kepada kenaikan harga yang membebankan pengguna semasa. Ataupun PRU 13?

Adakah signifikan untuk saya menjentik isu ini?

Cinta Anta Anti

Paling membimbangkan saya, orang-orang berpersatuan Islam aka orang tarbiyyah pun naik syeikh juga. Mereka ini aktif dengan kerja-kerja amal Islami, tetapi terperangkap dalam nafsu yang dibungkus dalam pakaian Islam. Seorang ‘akhi’ menghantar sms berisi ‘Tazkirah of the Day’  atau ‘Hadith of the Day’ kepada seorang ‘ukhti’, dan tersenyum-senyum malu pula mereka berdua dalam cinta jarak jauh, yang dipisahkan oleh Syariat. Menjaga ikhtilat kononnya.

Adakalanya miss call pukul 2, 3, 4 pagi, memberi friendly reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wudhu’ dan membawa muka itu sujud kepada Ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang lena.

Dalam tidak sedar, mereka terlupa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga.

Dalam pelukan ‘Syeikh’ syaitan.

Terkini, fitnah itu bukan lagi diungkapkan melalui sms, atau teks.

Ia diilustrasikan.

Ilustrasi yang sering kita temui melalui sentuhan artis-artis Korea seperti Lee Tae-Ho, tetapi membawa mesej ‘Islamik’. Sesungguhnya ilustrasi sebegini memberi kesan yang lebih merbahaya kepada anak muda terhadap fitnah Cinta Anta Anti. Jumlahnya semakin besar dan tersebar. Perkongsiannya semakin meluas berdasarkan pemerhatian peribadi saya terhadap trend cinta semasa melalui pergaulan, jemputan-jemputan ceramah dan reaksi hadirin terhadapnya.

Mata kita memerhati bentuk poster program, bagaimanakah gelagat peserta sesama mereka sebelum ceramah bermula, ungkapan pengerusi majlis semasa memulakan program, serta perbandingan terhadap jumlah kehadiran di bawah tajuk Cinta dan tajuk non-Cinta, oleh penceramah yang sama serta penceramah yang berbeza.

Sungguh ketara perbezaan!

Kesimpulan yang saya boleh katakan, memang kasar, dan minta maaf. Hanya satu perkataan, GEDIK.

bp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. [KAMUS DEWAN EDISI 4 – VERSI ATAS TALIAN]

Ouput Lembik

Hasilnya, kita mengharapkan pemuda yang akan ambil tahu soal negara, dunia Islam, kini menumpukan tenaga dan usaha mereka hanya untuk cinta.

Tertarik dengan status seorang Tokoh (saya tidak mahu sebut)

“Baca buku Aku Terima Nikahnya, biar jelas pandangan hidup. Jangan jadi gedik!

Musim pilihanraya, jangan panggil saya ceramah bab jodoh, kahwin, jatuh hati.

Fokus!” 

Alternatif

Jalan penyelesaian? Alternatif?

Perlukah ada?

Jawapan saya : Fokus ya akhi!

Hidup bukanlah berkisar pasal cinta saja wahai ikhwah.

 

Politik Malaysia Yang Baru

Tanggal 3 April 2013, parlimen telah diumumkan bubar oleh DS Najib Razak. Setelah sekian lama kita ternanti-nanti akan bilakah tarikh parlimen akan dibubarkan.

Saya yakin dan percaya semua rakyat di Malaysia ini telah mendengar akan manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Politik

Kedua-dua manifesto itu seakan-akan sama. Ada yang mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menciplak manifesto Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu apakah itu satu dakwaan yang benar namun apa yang pasti, Pakatan Rakyat terlebih dahulu ingin melaksanakan projek-projek di atas, sebelum pengumumam manifesto lagi.

Ceramah Anwar Ibrahim

Pada bulan Mac yang lepas, saya telah mengikuti ceramah Anwar di Taman Kempas, Sungai Petani. Wakil dari Parti Keadilan dan PAS turut hadir memberikan ceramah dan sedikit penerangan apa yang mereka akan lakukan. Saya dapati mereka idea-idea untuk memberikan pendidikan percuma, turun harga kereta telah lama mereka rancang. Saya juga membaca akhbar bahawa betapa pihak Barisan Nasional telah memberi kritkan pedas terhadap idea Pakatan Rakyat.

Power In Your Hands

Saya bukan ahli bagi mana-mana parti politik jauh lagi menjadi calon. Saya hanyalah seorang rakyat marhain yang cenderung kepada kebenaran, keadilan dan apa yang terbaik untuk Islam. Maka, saya akan sokong apa-apa usaha baik yang dilakukan atau diketengahkan baik oleh pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang. Harga kerekta

Saya kira, jika DS Najib Razak mengatakan Barisan Nasional akan menurunkan harga kereta, itu merupakan perkara yang baik. Apakah mereka meniru? Saya tidak pasti. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita Tahu Siapa

Telah lamanya BN berkuasa, namun makin banyak kerosakan yang terjadi Malaysia. Sekarang mereka mengemukan manifesto yang baik, tapi adakah itu akan terjadi?

Manifesto yang sama, berlainan pelaksana, anda tahu nak undi siapa.

Subuh vs Joging

subuh vs joging

Alhamdulillah, pagi ini saya masih dapat bangun untuk beramal, meneruskan misi sebagai hamba dan khalifah Allah. Subuh berjemaah di masjid dan alhamdulillah, jemaahnya ramai dan meningkat.

Apabila menyebut peristiwa sebut teringat saya satu ketika dahulu, akhir tahun 2011. Ceritanya begini :

Kami sekeluarga telah pergi ke Johor kerana abang sulung saya akan melangsungkan perkahwinan di situ. Kami tinggal di homestay selama sehari di satu taman perumahan di negeri Johor itu. Surau di kawasan perumahan itu berhampiran dengan laluan berjoging. Usai solat Subuh berjemaah, saya melihat ramai orang bukan Islam sedang berlari di laluan berjoging itu. Orang Islam menuju masjid, orang bukan Islam menuju ke tempat berjoging. Satu kumpulan untuk mengerjakan solat Subuh, sekumpulan lain untuk berjoging.

Antara kesimpulan awal yang saya boleh buat pada waktu dan ketika itu, secara realtitnya
bolelah dikatakan orang bukan Islam yang ingin sihat tubuh badan lebih ramai berbanding orang Islam yang ingin sihatkan rohani. Mereka begitu serius inginkan kelebihan dunia. Sebaliknya, umat Islam tidak serius untuk mendapatkan kelebihan dunia mahupupun akhirat.

Mengapa tergamak saya berkata demikian? Ini satu realiti walaupun pahit untuk diakui. Apabila selesai solat subuh berjemaah, dan mula pulang ke rumah, saya dapati masih ramai umat Islam yang belum bangun. Kebanyakan rumah orang Islam masih gelap dan malap, terutamanya jika hari cuti Sabtu dan Ahad. Apakah penghuninya masih tidur?

Wallahua’lam, sukar untuk dipastikan.

bgn tidur

Yang pasti, kehidupan mereka belum bermula. Aktiviti kehidupan (walaupun sekadar membersihkan rumah, pergi ke pasar dan lain-lain urusan) masih belum bermula.

Sayang sekali, dorongan Rasulullah SAW untuk umatnya meraih keberkatan pada awal pagi tidak mendapat sambutan.

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.’
( at-Tabarani )

Al hasil, saya melihat selain sibuk berjoging, telah ramai orang bukan Islam yang telah membuka kedai,restoran dan premis perniagaan mereka.

Tidak hairan jika keberkatan waktu pagi telah berjaya diraih oleh mereka. Allah Ar-Rahman ( yang kasih-Nya melimpahi orang Islam dan bukan Islam). telah memberi rezeki kepada bukan Islam yang memulakan aktiviti jehidupan pada awal pagi.

Tidak hairan jika orang bukan Islam berjaya meraih kesihatan, kekayaan dan kehidupan fizikal serata material yang lebih baik berbanding umat Islam. Dan sedihnya kita umat Islam, sudahlah bangun untuk solat Subuh pun malas, bangun untuk berjoging, berniaga dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain pun begitu juga. Dunia tercicir akhirat melepas!

Kalaulah keseriusan majoriti umat Islam untuk bangun solat Subuh berjemaah mampu mengatasi keseriusan majoriti bukan Islam yang bangun pagi untuk berjoging, saya kira akan berlaku satu anjakan yang besar kepada indek pencapaian rohani, kesihatan jasmani dan kecerdikan minda umat Islam yang boleh mengatasi orang bukan Islam.

Saya teringat kata-kata Rubayyi’ bin Amir (utusan tentera Islam) kepada Rustum (ketua tentera Parsi):

“Bersama aku adalah tentera Islam yang lebih cintakan mati daripada tentera tuan yang cintakan hidup!”